TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU ( Dari Pn Zainab )
Klik di bawah.
MUGA DIBERKATI ALLAH S.W.T SERTA MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG
08 Sept- Sempena menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 13 September,pihak pengurusan dan PIBG telah mengadakan majlis solat hajat secara beramai-ramai di Dewan Sekolah.Kehadiran ibubapa di majlis tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan yasin kalangan ibubapa/penjaga serta murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan tersebut.Solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Amir Izzuddin.Majlis turut disertai oleh Pengerusi PIBG En Abd Rafa b Hj Hamzah serta AJK yang lain.
Majlis berakhir pada jam 9.30 malam di mana semua yang hadir di sajikan dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh JK makanan di kalangan guru.Terima kasih kepada semua yang hadir semuga ianya diberkati Allah swt.
MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA
07 Sept- Majlis penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan dengan gilang-gemilangnya. Majlis bermula pada jam 0745 dengan pengisian di antaranya pertandingan nyanyian kior dan bacaan sajak oleh murid tahun 4 dan 5.
Sambutan ini adalah merupakan salah satu program yang telah diatur oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan semua sekolah mengadakan program berkaitan sempena menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 54.
Tujuan program adalah untuk memberikan kesedaran dan penekanan kepada semua murid akan kepentingan mengingati sejarah kemerdekaan negara serta memupuk semangat patriotik demi negara Malaysia yang tercinta.
Majlis penutupan ini telah dengan rasminya di sempurnakan oleh Tn Guru Besar En Saupi b Jusoh dan tamat pada jam 1015.Terima kasih kepada semua warga SKSA yang bersama-sama menjayakan majlis tersebut.
Pening kepala niiiiii...semuanya ok jeeeeee...Persembahan murid diadili oleh hakim yang dijemput khas..terima kasih, judges....
TAHNIAH DAN MUGA DIBERKATI
25 Ogos- Program Khatam Al Quran & Penutupan Kem Bestari Solat 2011 telah dilaksanakan dengan jayanya .Seramai 39 orang murid tahun 6 terlibat dalam program tersebut.Majlis dimulakan pada jam 0800. Disamping itu juga buat julung kalinya juga diadakan pertandingan Azan,Iqamah dan bacaan qunut bagi murid tahu 4,5 dan 6.
Di antara objektif program adalah bertujuan untuk membentuk akhlak dan perilaku terpuji di kalangan murid-murid menerusi program keagamaan dan kerohanian.Selain daripada itu ia juga dapat memberikan kesedaran kepada semua murid dalam menghayati kemuliaan bulan ramadhan serta menghidupkannya dengan amalan-amalan yang baik.
Majlis penutupan telah dilaksanakan oleh Tn Guru Besar En Saupi b Jusoh yamg mana diakhiri dengan acara penyampaian hadiah,duit raya dan cenderahati kepada semua peserta dan murid.Majlis bersurai pada jam 1030.Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam atas kejayaan program yang dilaksanakan.
Sebahagian daripada suasana majlis.Tahniah dan terima kasih
PROGRAM BERSAMA PAPERMATE KILOMETRICO
23 Ogos ( Selasa ) Pihak pengurusan sekolah telah mengadakan program berkenaaan yang bermula pada sesi pagi sebelum waktu pembelajaran dijalankan.Program bermula pada jam 0730 di mana semua warga SKSA diberikan peluang mendengar taklimat serta penerangan mengenai barangan yang berkaitan.
Di samping itu juga warga SKSA di benarkan menukar pen yang tidak boleh digunakan lagi dengan yang baru secara percuma oleh syarikat yang berkaitan.Terima kasih kepada semua yang hadir serta syarikat yang menyumbang.
Suasana di pagi program tersebut
TAHNIAH KEPADA PENERIMA HADIAH KECEMERLANGAN 5A
PERCUBAAN UPSR NEGERI PAHANG 2011
0
8 Ogos ( Isnin ) Pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah di atas kejayaan 3 orang murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR yang lalu.Penerima anugerah kecemerlangan tersebut ialah Amir Fikri b Mohd Khir, Nur Iman Mohd Roslan dan Yasmin bt Ahmad Suhaimi.Sepanjang peperiksaan percubaan yang lalu seramai 10 orang murid telah berjaya mendapat keputusan 4A 1B dan 16 orang mendapat 3A 2 B.
Kejayaan ini diharapkan dapat ditingkatkan lagi di hari peperiksaan UPSR yang sebenarnya nanti.Untuk merealisasikan pencapaian dan kejayaan yang disasarkan pihak pengurusan sekolah telah menyediakan dan menjalankan beberapa program gerak gempur di antaranya melalui program guru pembimbing,penjadualan anjal bagi matapelajaran teras dan bengkel teknik menjawab pecutan akhir.Semuga segala usaha dan kesungguhan guru dan murid mencapai hasrat yang diinginkan.